Archive for March, 2008

~UJIAN~

  “ Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu…” (47:31)  

Leave a comment »

>>CCTV ALLAH vs CCTV Manusia<<

cctv1.jpg

Leave a comment »

Aku Menegurmu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku Menegurmu…
Teman, Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa’
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa’
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa’
Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan suaramu,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa’
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di dlm api yg menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa’
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAHI TA’ALA,Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan “I love you”.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian…
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku benci kemunkaran itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api…
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Na’uzubillahi min zalik…

Sama2lah teman, Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah Ia,Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah denganNya..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak…….
Allahu’alam….

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA

Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah

andai DIA Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau akan rindu

Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan

andai doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerna engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenar..Insya ALLAH!!

me: copy paste je ni..moga b’manfaat..

Leave a comment »

Jalan penyelesaian untuk bebas daripada hawa nafsu

Wahai saudaraku para pemuda, Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat. Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi contoh teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka. Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1. Mempertingkatkan keimanan:

Apa yang saya maksudkan dengan mempertingkatkan keimanan ialah seorang mukmin perlu meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya, mendengar dan melihat perlakuannya, mengetahui perkara yang nyata dan rahsia, mengetahui pandangan mata yang khianat dan perkara yang tersembunyi di dalam dada…

Dia sentiasa ingat firman Allah:

“Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada.

(Al Mujadalah: 7)

Dengan keyakinan dan perasaan ini, seorang mukmin akan bebas daripada kongkongan hawa nafsu, dorongan nafsu ammarah, tunggangan syaitan dan fitnah harta serta wanita. Dia akan memperlengkapkan dirinya dengan bermuraqabah, takutkan Allah dan merasaiNya sentiasa bersamanya ketika dia keseorangan dan juga ketika bersama orang ramai. Semua ini mendorong mukmin tersebut melakukan amal soleh dengan penuh kesungguhan, amanah dan ikhlas… Bahkan dia dapat menepati kata-kata penyair Islam:

Apabila engkau bersendirian sedetik, jangan engkau kata,

aku telah bersendirian, bahkan katakanlah aku diperhati,

jangan engkau menyangka Allah lalai walaupun sedetik,

jangan sangka ada sesuatu tersembunyi,tidak diketahuiNya.

2. Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang bermaksud:

” Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah..”

                                                                                                                                                                                                     (HR MUSLIM)

Para pakar jiwa dan pendidikan telah mengakui:

Apabila seorang pemuda bersendirian di waktu lapangnya… ia akan didatangi oleh berbagai khayalan, gelora hawa nafsu dan memikirkan tentang seks yang memberangsangkan. Nafsu ammarahnya akan bergelora di hadapan khayalan dan tuntutan nafsu ini. Kadang-kadang dia terjatuh ke lembah yang dilarang oleh syara’ yang mendatangkan akibat yang buruk. Adalah lebih membahayakan lagi apabila dia mempunyai waktu lapang dan harta. Benarlah kata-kata penyair.

Sesungguhnya pemuda,

waktu lapang dan faktor kesungguhan,

Adalah kemuncak kebinasaan bagi seseorang

Tidak ragu lagi bahawa jalan penyelesaian untuk bebas daripada semua ini ialah dengan mengetahui bagaimana cara menggunakan waktunya dan memenuhi kekosongan yang ada. Alangkah banyaknya bidang boleh diceburi oleh pemuda untuk mengisi masa lapang. Ianya boleh dipenuhi samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh badannya, bersiar-siar merehatkan jiwanya, membuat penyelidikan dan pembacaan yang boleh menambah pengetahuannya, membuat kerja tangan yang boleh memperkembangkan minatnya, menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang boleh mengasuh akhlaknya, turut serta di dalam peraduan yang berbentuk ilmiah (kuiz) yang boleh melatih mentalnya, berlatih memanah dan cara-cara jihad yang lain yang boleh mempersiapkan dirinya dan lain-lain jalan penyelesaian yang boleh menjauhkannya daripada mengikut hawa nafsu dan dorongan nafsu ammarah.

3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Ia adalah prinsip asasi untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketaqwaan… kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan makanan engkau kecuali orang yang bertaqwa.”    

                                                                                                                                                                      (HR TIRMIZI)

Suatu kenyataan yang diakui apabila seorang pemuda bersahabat dengan orang yang beriman, dia akan memperolehi kebaikan, istiqamah dan teguh untuk beramal dengan asas-asas Islam… bahkan dia boleh mencapai tahap keimanan, ketaqwaan dan thabat seperti mereka…

Sebaliknya, sekiranya dia bersahabat dengan orang yang fasik, ingkar dan menyeleweng… dia akan memperolehi daripada mereka kejahatan, kefasikan dan

penyelewengan. Bahkan dia akan menjadi fasik, ingkar dan menyeleweng seperti mereka. Inilah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tarmizi yang bermaksud:

“Seseorang itu berada di atas agama sahabat akrabnya, maka setiap daripada kamu hendaklah melihat siapakah yang hendak dijadikan sahabat akrab..”

Sebuah syair Arab ada menyebut:

Janganlah kamu bertanya tentang seseorang,

tetapi tanyalah tentang temannya.

Setiap teman akan mengambil teladan dari temannya.

Itulah dia, wahai para pemuda, jalan penyelesaian yang terpenting untuk sampai kepada matlamat pengislahan, ketaqwaan, puncak ketinggian akhlak dan menewaskan hawa nafsu, was-was dan pujukan syaitan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa Allah lah yang memelihara kamu. Dialah yang melapangkan kamu dari setiap kesempitan dan memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan.

Benarlah Allah yang telah berfirman:

” Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka.”

                                                                                                                                                                                                     (Al Talaq: 2)

*************************************

Begitulah wahai saudaraku para pemuda, apabila kamu mampu membebaskan dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah dan

mengenepikan keinginan hawa nafsu… sesungguhnya kamu telah menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan lebih baik. Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak dan berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu sebagai seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan kerana mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya syaitan, tanpa syak lagi mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya, mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. 

Allah akan sentiasa bersama mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya, mengukuhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk mereka sebab-sebab kekuatan dan keagungan dan menggantikan ketakutan dengan kemenangan… Mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.

Aturlah urusanmu wahai saudaraku pemuda dan berbekallah dengan bekalan iman dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam dirimu. Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu mempunyai pengaruh yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi di medan qudwah dan kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam… Bahkan apabila manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih sayang dan optimis. Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka beratur di dalam saf dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh ketaatan dan minat.

Dengan ini semua kamu telah memperbanyakkan kader-kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam akan tersebar luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta terbebasnya Negara Islam daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan penjajah. Ketika itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dipetik dari buku “Pemuda Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini” karangan Abdullah Nasih Ulwan.

Leave a comment »

Cinta lagi..

Salam’alayk..

Kelmarin, ada 2 org adik2 ikwh b’tanya pd ana ttg satu p’kara fitrah yg mmg kerap dialami oleh para syabab iaitu mslah CINTA..risau yg t’amat sgt ana pd mrk lantaran proses tarbiyyah yg tak begitu t’susun disini. sbnrnye prkara mcm ni la yg paling ana bimbangkn t’jadi pd adik2 yg bakal menerajui tmpuk kpmpinan wadah2 islam disini. Alhamdulillah, dua org adik ni Allah gerakkn hati mrk utk b’tnya dulu pd snior2 ttg mslh yg mrk alami..skurang2nye ada pluang tuk kmi bntu mrk dr segi nk manage n kawal perasaan 2. Bntuan dr ana as akhwt mmg t’batas. Ana xmmpu nk pstikn dorg sntiasa dlm keadaan yg t’kawal but yg blh ana bntu hanya nsihat n tegur bil hikmah.

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”                                                                                                                          

(An-Nahl:125)

B’bncang dgn sorg ikhwh (naqib dorg) smlm. Rupe2nye mmg da dimaklumkan pd naqib prkara ni. Tp dr pihak naqib lain plk mslhnye..Ya Allah, pening kepala ana. Rasa ketidakmampuan utk m’bntu 2 ptutnye xperlu ada dlm diri sorg naqib. Even naqib 2 sndiri ada ada sjarah hitam dlm hidup die..tp xptut dijadikan alas an utk xdpt bantu bahkan blh dijadikan pengajaran supaya adik2 ni tak buat lg ksilapan yg sama. Yg penting ada usaha utk bantu tak kire la dr segi ape pun..jgn biarkan mrk keseorangan m’hadapinya.. bila hati kita kosong, mcm2 prkara yg syaitan bawa msuk, oleh itu pnuhilah jiwa kita n adik2 ni dgn makanan rohani yg seimbang agar tiada lg ruang utk nafsu yg keji 2 b’maharajalela..

“Wahai jiwa yg tenang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Serta masuklah Engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia. Dan masuklah engkau ke dalam SyurgaKu.. “

(Al-Fajr: 27-30)

Lepas ni mgkin perlu ada prbincangan blk dgn smua naqib naqibah yg masih ada disini. Ana risau sgt ttg pnerusan trbiyah kt cmpus ni. T’utama dlm wadah yg kami pegang. Ntahla, tak tau knapa prasaan risau 2 smakin hari smakin btmbah lebih2 lg saat2 ana nk mninggalkn cmpus ni tggal lg bberapa mggu je. Mmg kalau nk diikutkan hati, xsanggup nk tinggalkn dlm keadaan yg xstabil cmni, tp bnyk bnde yg prlu ana titikberatkan disini.. Ya Allah, bantulah kami..tetapkanlah hati kami di atas jln kbenaran..ameen..

Leave a comment »

PRU12

Salamun’alayk..

Lamenye..rase cm lame sgt2 xmenulih kt blog ni..mgkin sbb ana blk umah awal sgt mggu lps, so xsmpat nk update.. Bile da smpai umah 2 fhm2 jela..da susah da nk kuar. ni la diantara p’gerakan n aktiviti ana tk minggu lps n also 4 dis week:
ü     Rabu (5/3/08)- balik umah..yea..yea..bestnye!!(^_^)
ü     Khamis (6/3/08)-
·        dok umah je, jage 2 org bdk kcik yg comey lg nakal (adna n siti) cz mama bz nak p edar risalah..huh,bznye..bznye..
·        mlm ain balik ngn kwn die, then die blanje mkn tomyam my favourite! ;p
·        pas mkn p dgr crmh kt sblh umah..(crmah bakal YB baru kmi..he2)-manifesto pru12-
ü     Jumaat (7/3/08)-
·        Mule2 plan nk p lowyat ngn yana, tp xjd atas sbb2 t’tntu.
·        Pastu dok umah jela, memasak smbil mlayan krenah adk2 yg da stat b’cuti..he2, da lame xmmasak..tah ape la rasenye..
      tp abes w0oo..hu2.
·        Mama cm biase, pg2 lg da m’ghaibkan diri..(huh..b’kmpen le tu..)
·        Mlm tu ktorg ajak abah p jalan2..round2 tgk org wt p’siapan nk mgundi esk..meriahnye!! bendera n poster sane sini..
·        Pas jln2 tu, dpt msg from my cousin. Die ade kt markaz dpn..pe lg ana pn b’gegas la ke atas. Tgk die tgh bz memantau org wt keje..(hehe..die xde wtpe pn). Then ana pn masuk n tolg die bg skongan moral kt ptugas2..hu2.. (padahal dok menyebok je kt c2).
·        Then da penat, ktorg pn blk tido..dlm kul 1 lbh jgk la mse 2..kne tido awal.. xsbrnye nk esok!! 
ü     Sabtu (8/3/08)-

crim0063.jpg
 ~Adikku yg sgt b’smangat!!~

·        Bangun pagi..TAKBIR!!..pas solat subuh n doa utk satu prubahan yg InsyaAllah bakal b’laku..trus siap2 p mrkaz dpn.. bdk2 kcik blm bgun lg..hu2..dorg kne tinggal..(^_^) abah da pg dulu ngn paklang.
·        Naik atas ngn mama. Ma ckp tggu je kt atas cz rmai yg akn bwk, naik je kete sesape. Syoknye! Nk naik kete plg mahal la..huhu..bile lg nk merase naik kete bsar.. Tp smpai atas ma xgerak2 lg, die sibuk mguruskn document ptugas2 paca. Bosannye tggu lame..smbil 2 smpatla amk gmbr poster2 n bndera2 yg ade disekeliling..hari ni kulihat pelbagai warna yg ada..hijau,putih,biru cair, merah dan tak ktinggalan biru tua..hehe..
·        Pastu tetibe abah n paklang dtg, abah ckp paklang t’tggal ftostat i/c tk msukkn dlm borang paca 2. Then mama tggalkn org sesorg kt c2. bliau p naik moto ngn cik han..isk2..suke ati je..slmt la ank die ni baek..haha.
·        Pastu tumpang la paklang n abah cz pklang bwk avanza die. Abah xbwk kete cz nnt susah nk parking.
·        Sampai kt skola teknik 2 tgk da rmai org2 caler “biru tua” tgh b’siap2..huh, itu mnandakan yg kmi da t’lmbat!!
·        Smua org sibuk2 setup brg2 kt pondok panas 2..oleh krn comp xsmpai lg, ma pn suruh org blk amk lptop.
·        Pastu tolg jge n check saluran pgundi yg dtg. Ditemani oleh spasang couple ni.. kak A n husbandnye abg A..hehe, maap la xingt nama dorg..
·        Then, apin my cousin pn dtg..dok lepak2 ngn ana. Tak lame pastu, tbe2 mncul la en.daud yg kcoh 2..xpsl2 dihalaunye ktorg soh p jge kt bwh cz kt bwh da xde org..kmi pn dgn akurnye pg la trun bwh dgn bndera n kipas masing2..haha.. comeynye kipas 2!!geram..geram…
·        Kt bwh dasyat jgk la..mkcik2 ‘biru tua’ dgn syoknye dok mgutuk2 kami. Malas nk layan hujah2 yg tak b’moral ni. Kmi kt c2 asyk b’istighfar je tgk gelagat dorg yg amat2 m’jengkelkan tu.
·        Then naik atas blk cz xsuke sgt dgn situasi cm2. pastu p solat kt surau skola 2 ngn anis n sorg akak ni yg dtg dr tmn mlewar.
·        Pastu smbung tugasan mengira jmlah pgundi hasil dr mklumat yg kami dpt dr ptugas2 paca n msukkn dlm comp. oleh krn comp ni xdilengkapi dgn searching system yg bgus so kmi t’pksa msukkn one by one. Fuh..pnat woo.. dah la dduk kt pondok panas..mmg pnas btl la time 2!
·        Tak lame pastu dgr kcoh2 kt bwh, rupe2nye bakal YB dtg..
·        Smpai ptg ana kt skola 2..ain n bdk2 kcik 2 da b’ansur2 blk. Tp ana stay ngn mama smpai azan mghrib baru blk. Agak sdey jgk la time 2 cz kelima2 saluran yg ade kt c2 smuanye kalah. Tp xde la jauh sgt bezanya pn. Ma ckp jgn risau cz kte ade byk tmpat lg ktsni..ok, relax sket..
·        Pas isya’ ajak abah p round2. huh, smgtnye dua org bdk kcik ni (hadif n haziq) bwk bndera bsar naik kete. Mmg sronok sgguh dorg ari ni!
·        Spnjang p’jalanan, kete kmi asyik disapa je oleh kete2 lain.. smuanye pnyokong kuat. Smpai kt SMKSP (tmpt terakhir kire undi), raaaaaaaaaaamaaaaaaaaai sgt2 org n kete b’deret2 parking spnjang jalan ke skola 2. smuanya bwk bndera bulan n sparuh bulan..he2..xnmpk lg la yg dacing..
·        Ktorg pn jd smgt sgt nk turun n sme2 tggu kt c2 smpai proses pengiraan slesai. Kt padang penuh dgn lautan manusia yg xsbr2 mnanti kptusan. Sgt meriah namun msih t’kawal la time 2. polis n fru da b’siap sedia b’baris depan kami. Mgkin dorg tkut ktorg rmpuh masuk dewan 2 kot. Rmai jgk polis mse 2. Rase cm kt msjid India mse prhmpunan Bersih ari 2..slmt xkne smbur je.. polis kn suke bab2 smbur-myembur ni!! ;p
·        Dlm kul 11 lbh 2 tbe2 ktua polis kt c2 bg arahan tk dorg b’undur. Ape lg, ktorg pn.. ‘bye..bye..polis..’ n laungan srentak dr kami smua “ terima kasih abg polis…” haha..tbe2 ade sorg pakcik ni menyambung.. “da pencen jgn lupe msuk pas..” hihi.. (b’undurnya polis n fru time 2 adlh mnandakan yg kmi da menang) TAKBIR, ALLAHUAKBAR!! tp dlm dewan still blm slesai. Dgr cite, 2 peti hilang la, ade peti baru smpai la..huh,politik2..xfhm!
·        Blk umah dlm brite xkuar lg result tuk bberapa ngeri spt selangor, perak n bberapa kawasan kcil lain.. (ade la 2..)
ü     AHAD (9/3/08)-
·        Bgun pg dgn smgatnye..mama n abah da bising2 kt luar..  ptutnye ari ni nk blk kmpus ngn kwn2..tp xjd ats mslh2 t’tntu. Pastu ma ckp abah blh hntar klu blk esok.
·        Tghari p hntar ain kt poli. Then smpai umah mlm. Sian abah, drive xhenti2..dah r esk nk hntar org plk..
·        Xtau knape rase xsedap ati sgt2..rse sdey n cm xnk blk cmpus je. Xnk tinggalkn kwsn yg bakal brubah n m’dpt pmerintahan baru ni..beratnye rse hati time 2..
ü     ISNIN (10/3/08)-
·        Pg tu siap2 n berangkat ke ngeri johor darul _ _ _ _? He2..
·        Cm mls la nk cite cz xde mood sgt ari 2. xnk blk!! 😥
·        Smpai sgmt, cm biase, khidupan seorang part time student pn b’mula. Ana gagahkan jgk lgkah ni wlpun dlm hati berat yg t’amat sgt. Xtau mane pergi n hilangnya semangat yg ade slama ni.
·        Mlm ade usrah ngn ustaz ptutnye, tp tbe2 cncel, so t’pksela pg dinner Diim yg pd asalnye mmg xmsuk lgsg dlm agenda program ana tk ari ni. Relax je p dinner pkai baju g class..org lain sume ikut tema corporate n elegant mlm 2..hu2, suke2 ati je..xkisahla, yg ana tau pkaian yg ikut syariat islm 2 mmg sntiasa elegant!
ü     SELASA (11/3/08)-
·        Something happen 2 me.. (^_^) sronoknye ade mehnah!!  “Ya Allah, berikanku kekuatan utk m’hadapinya..ameen..”
·        Mood= unknown
·        Ptg ade presentation en.ezan psl organization in ministry of info.(my grup)..
ü     RABU (12/3/08)-
·        Pg class cncel n ptg 2 ade quiz en.raz
ü     KHAMIS (13/3/08)-
·        Pg class cm biase, ptg class cncel cz puan xde, p shah alam
ü     JUMAAT (14/3/08)-
·        Class..then discussion ngn grup adik2 kt lib.
·        Jmpe puan tk tnye psl metadata
·        Dpt msg dr kak yati yg TOT media postpone, xjd wt mggu ni.ala,xbesnye..da lme sgt xjoin program krj..rinduuu..(^_^’)
·        Mlm wt usrah ngn adik2 kt surau. Tp ummul, liza n umi xdpt dtg..but still truskn dgn smbungn 10 muwasofat yg ari 2..Alhamdulillah, byk jgkla bnde yg dpt kmi bincangkan. Adik2 pn da nmpak agak selesa n kurang kekok lg..Alhamdulillah..
ü     SABTU (15/3/08)-
·        Mule2 plan ngn adik2 nk p cycling pg ni..tp atas mslh tknikal dr pihak basikal, so kmi pn tkar plan, juz strolling je..
·        Then blk 2 p bsuh kain memandangkan ari ni da mule cerah stelah bberapa ari mendung. Ptg 2 ade discussion kt lib.
·        Mlm plk ade dinner kolej..asyk dinner je kn?! Mggu dpn pun ade dinner lg. 2 mggu yg brikutnye pn dinner lg..huh,bosan btl!! Tp nk wt cmne, kne la trime hakikat yg da final sem ktsni.. pasni insyaAllah da xde kt sini lg da..
ü     AHAD (16/3/08)-
·        Pg ni tido yg mlampau..xtau asal..slmt la tgh cuti2 m’sia..;p
·        Then ptg discussion lg..byk bnde yg xsettle lg. esok da ade presentation, slase pn ade present lg..rabu pon..lalala..bestnye!!
Skian dulu buat mase ni..InsyaAllah akn dsmbung lg pd episode akn dtg..hehe.. doakan ana terus2an diberi kkuatan iman utk mengharungi khidupan yg smakin mencabar ini.. doa ana juga sntiasa mengiringi antum smua..InsyaAllah..
Ilalliqa’..(^_^)

Leave a comment »

Mari..mari mengundi..

hoho..xsabarla nk p mengundi next week..
tp mslhnye xdftar lg..hu2..tp xpe, itu bkn alasan utk xturun padang mse ari mgundi nnt, btl x?

ok..ktsni nk bg tips sket b4 korg p mgundi:
1. mlm b4 mgundi wat solat istikharah (mohon ptunjuk dr Allah utk mmilih calon yg spatutnye)
2. pagi 2 kuar rumah n betulkn niat..cz kita akn jd salah sorg dr pyumbang kpd prubahan ngara..kalau prubahan yg dbuat kearah kbaikan xpela, tp klu kearah kmungkaran, tak pasal2 je dpt shere dosa..
3. Mase nk memangkah tu, bce la bismillah n pgkah la b’dasarkn gerak hati kita lps istikharah malam 2 n after that tawakal ‘alaLLah.

ok..slmt mengundi!!
stiap undian anda akn dihitung diakhirat kelak..oleh itu, b’waspadalah dlm m’buat pilihan dan dlm stiap tindakan..
Ayuh lakukan PERUBAHAN!!

ilalliqa’.. (^_^)

Leave a comment »