Archive for April, 2008

Dakwah Fardhiah- Marhalah ke-4

 

Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah, memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah s.w.t apabila mencukupi dua syarat: Niat kerana Allah s.w.t dan cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.

 

 

Syarat Pertama: Niat. Semua yang dilakukan hendaklah bertujuan untuk membantu kita melaksanakan ketaatan kepada Allah dan merealisasikan tujuan Allah menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi. Oleh itu, kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati Allah dan beribadat kepada-Nya. Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang akan diberi ganjaran pahala. Kita belajar untuk kepentingan kaum muslimin dan negara Islam, maka menuntut ilmu menjadi ibadat dan setiap tenaga dan masa yang kita curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja di mana-mana bidang untuk kepentingan umat Islam dan negara Islam, dan mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, maka kerja kita menjadi ibadah. Kita berkahwin untuk menjaga diri daripada maksiat dan membina rumah tangga muslim yang menjadi tiang seri kepada pembinaan negara Islam serta melahirkan zuriat yang salih yang dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip Islam; melalui mereka, Allah akan memuliakan agamanya, maka perkahwinan kita menjadi ibadat, penat lelah mendidik anak-anak menjadi ibadat; semuanya akan mendapat balasan pahala daripada Allah. Kita bersenam untuk menguatkan tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan dakwah dan berjihad di jalan-Nya, maka bersenam menjadi ibadat.

Begitulah seterusnya, dunia yang luas ini menjadi mihrab (tempat beribadat); padanya kita mengabdikan diri kepada Allah dengan setiap amal dan usaha yang dilakukan. Semuanya menjadi ibadat hasil daripada niat yang benar semata-mata kerana Allah s.w.t.

 

 

Syarat Kedua: Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah sesuai dengan syariat Allah s.w.t dan ajaran Islam. Oleh itu, kita tidak boleh makan dan minum kecuali yang halal. Kita tidak berpakaian kecuali dengan pakaian yang halal. Kita tidak melakukan sebarang amal dan usaha kecuali ia selari dan sesuai dengan syariat Allah s.w.t supaya ia menjadi ibadat yang diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana, tidak munasabah kita makan makanan yang haram dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Begitulah seterusnya, setiap muslim di marhalah ini mengikat seluruh kegiatan hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai ibadat. Mereka tidak beribadah dengan hanya melakukan empat perkara fardhu yang sememangnya diketahui umum.

Advertisements

Leave a comment »

Da’ie oh da’ie..

In the Name of Allah, Most Gracious and Merciful…

Sedang jari jemari rancak menaip sesuatu tiba-tiba hati terdetik, perlu ke ana tulis entry sebegini? Ntahla, tapi jika dilihat dari satu sudut yg positif, ianya perlu sebagai pengajaran buat sahabat-sahabat lain terutama yang menggelarkan diri mereka sebagai daie..

Ana: paper last bile?
Dia: 3hb ni..
Ana: w0oo..bestnye abes cepat! Balik bile?
Dia: maybe 5hb kot..
Ana: Hmm…(thinking something).. dah tu xpegi meeting ke? (actually kami ade 2 meeting-persatuan n nuqaba’ 9hb ni)
Dia: hehe..tak..

Entah kenapa tiba-tiba rasa macam sebiji bom jatuh atas kepala ana. Grrr….geramnye!! sape la yg baling bom ni?? cepat-cepat istighfar. Ya Allah tingkatkan tahap kesabaranku..Ameen. Lagi satu situasi yang agak best..

Dia: Akak, kite nak cakap sikit ni.. (tersengih-sengih)
Ana: ye, cakap jela..
Dia: erm..boleh tak kalau dalam minggu exam ni kite jgn buat pape perjumpaan? Kalau ade pun mungkin kite xboleh datang kot.
Ana: rasenye minggu exam ni memang tak ade perjumpaan pun. Tapi tak tau la nanti..
Dia : erm..tu la pasal, nak bagitau akak awal-awal, kite memang tak dapat nk datang kalau ade meeting. Kite banyak paper la sem ni. Takut tak sempat nak bace.. sori ye kak.
Ana : (terkedu seketika)..0oo, yeke?erm.. (belum sempat menghabiskan ayat..)
Dia: ok la kak, kite balik dulu ye..doakan kite utk paper esok. Bye, assalamu’alaykum..
Ana: (lagi la terkedu yg tidak terhingga)…insyaAllah, wa’alaykumsalam wbt..

Dalam kedua-dua situasi ni, ‘dia’ yang ana maksudkan adalah penggerak a.k.a daie yang telah di AMANAH kan untuk menjalankan tugas2 tarbiyyah dan pembangunan pelapis disini. Makin lama makin menjadi-jadi kemanjaan para daie ni. Ana makin keliru dengan istilah ‘full time daie’ yg selalu dicanang-canangkan itu. Apakah yang dimaksudkan dengan full time daie sebenarnya dalam konteks kita sebagai pelajar? Adakah terdapat perbezaan antara daie yang masih menuntut dan yang sudah bekerja? Adakah full time daie tu bermaksud jika kita ada bersama-sama atau setempat dengan mad’u kita, kita boleh dikategorikan sebagai daie sepenuh masa? Walaupun tiada perjumpaan yang dibuat, namun tetap terasa dekat dan merasakan tarbiyyah yang ingin dibentuk sampai ke hati-hati mad’u kita ni? Selalu memberikan alasan ‘sibuk’ untuk menutup kesalahan tidak menjalankan amanah . Apakah sibuk ini akan hilang bila kita masuk ke alam pekerjaan nanti? Adakah kita menyangka bahawa mujahid-mujahid dakwah yang telah berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga, harta malahan jiwa di jalan Allah selama ini bukan di kalangan pelajar atau pekerja seperti kita? Yang tidak pernah disibukkan dengan urusan belajar dan pekerjaan? Sungguh tertipulah kita..

Katakan saja yang kita tidak cintakan Islam, kerana jika benar kita cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan kita berikan. Janganlah kita menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah kita menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’ tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pelajar, guru, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

Allah tak perlukan kita untuk bantu agamaNya, tanpa kita sekalipun agamaNya tetap akan menang dan tertegak suatu hari nanti. Tapi mahukah kita menjadi insan yang rugi kerana tidak menyumbang sesuatu pun utk pembangunan deen ini? Jika kita menolak untuk bekerja demi Islam, sekali-kali agama ini tidak akan pernah tereffect tanpa kita, Allah akan cari orang-orang yag lebih ikhlas dan sanggup berjuang bermati-matian utk deenNya..pada masa itu, kitalah orang yang paling rugi sekalipun kita berjaya beroleh dean list setiap semester, mendapat anugerah naib cancelor sewaktu majlis convocation dan berjaya mendapat pekerjaan yang bagus-bagus. Beringatlah kita tentang nikmat yang Allah murkai (istidraj)..

Fikir-fikirkan..

WaLLahu a’lam..

Leave a comment »

Dont judge a book by it’s cover

** post ni sbnrnye ana tulis masa ari rabu ari 2, tp tlupe nk letak ktsni..oleh itu “today” yg dimaksudkan adalah ari rabu, bukn ari ni..sekian, tenQ..**

Alhamdulillah, I’ve learn something today. Tadi lepas solat zuhur, ana sempat borak2 dgn sorang staff ni. Kebelakangan ni die rajin sangat b’jemaah. Boleh dikatakan setiap waktu die datang. Hari ni die t’lambat sikit dan xsempat nak kejar jemaah. Ana pun tegurla lepas die habis solat tu. Die memang tersangatlah ramah orangnya. Sentiasa tersenyum.

First time die bertugas kat sini ana memang rasa tertarik sangat nak kenal dengan die dan ana yakin yg tak mustahil utk ana kenal die cz sifat ramahnye membuatkan sesiapa sahaja selesa berdamping dengannya. Ana selalu perhatikan dia. Walaupun orang bawahan dia kebanyakannya lebih senior, tapi dia masih mampu menguruskan organisasi dengan baik dan membuatkan orang lain hormat padanya. Actually, dia senior satu course dengan ana. Tp dah ade master. Rasa macam banyak sangat yang perlu dikongsi dan dipelajari dari dia. Setelah berbual-bual ringkas, sedar tak sedar kami mula masuk kepada isu yang lebih menarik. Rupa-rupanya dia sangat aktif dalam wadah Islam masa dikampus dulu. Dia ada join satu wadah ni tapi sekarang dah tak ada lagi di kampus-kampus terutama UiTM. Biaselah tu.. Macam-macam halangannya. Ana sendiri pun pernah bersama-sama menjayakan program anjuran wadah tersebut satu masa dulu dan kenal jugak beberapa orang didalam saf kepimpinan mereka.

Yang ana nak cerita ialah pada mulanya ana langsung tak menyangka yang dia pernah terlibat dalam gerakerja Islam apatah lagi seorang yang aktif. Daripada luaran memang nampak biasa, tapi hakikatnya..MasyaAllah.. malu ana dengan ilmu dan pengalaman yang dia ada. Terasa kerdil sangat diri ni. Bukan sekadar di dalam negara malah dia telah beberapa kali berpeluang ke luar negara untuk menjalankan kajian tentang keadaan umat Islam disana. Akhirnya perbualan kami terpaksa dihentikan kerana jam dah menunjukkan pukul 2.30 dan dia perlu masuk semula ke pejabat.

Kesimpulannya, kita tak boleh nak melihat seseorang tu dari luaran je. Tak boleh nak menghukum seseorang melalui zahirnya sahaja. Mungkin yang kita nampak dia sangat biasa atau sangat teruk tapi hakikatnya hanya Allah yg lebih mengetahui..

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim..”(al-hujurat:11)

Leave a comment »

DAKWAH DI KAMPUS

DAKWAH DI KAMPUS

 

Dakwah dikampus memiliki tujuan utama iaitu ingin menghasilkan mahasiswa yang bercita-cita untuk membangun masa depan Islam, dan mengaktifkan peranan masyarakat kampus dalam usaha mentransformasikan masyarakat menuju masyarakat Islam. Dunia kampus merupakan institusi terbaik untuk kita merekrut generasi pewaris dakwah. Untuk mencapai tujuan utama ini, ada beberapa sasaran yang harus dicapai oleh sesebuah organisasi dakwah kampus. Salah satu saranan tersebut adalah terbentuknya bi’ah (lingkungan) yang kondusif bagi kehidupan Islami di kampus, baik dalam sisi moral, intelektual, mahupun tanggungjawab sosial. Bi’ah Islami inilah yang seharusnya menjadi salah satu perhatian pokok bagi penggerak dakwah kampus.

 

Mengapa kita memerlukan biah Islami? Biah Islami adalah sebuah model lingkungan yang baik (Islami), yang pola pergaulan dan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat kampus beredar dalam lingkungan Islami. Lingkungan Islami ini merupakan sebahagian dari proses pembentukan kaderisasi dakwah. Dengan biah Islami maka akan terbina dari dalamnya ahli kader dakwah, da’ie dan murobbi yang siap untuk terjun melaksanakan mas’uliyyah (tanggungjawab) dakwah dan tarbiyyah. Kerana darinya telah dibina, dipisahkannya diantara unsure-unsur jahiliyyah dan unsure kebaikan, dengna impak dan pengaruh dari lingkungan (biah) Islami. Ini telah dibuktikan dibeberapa organisasi dakwah kampus (ODK) yang aktif melahirkan da’ie dan murobbi saban tahun.

 

Apabila lingkungan dalaman (internal) ODK keadaannya masih sukar dibezakan dengan organisasi mahasiswa biasa, misalnya tidak ada biah Islami (contoh: akhlak anggota ODK masih seperti orang awam, seperti suka mencela walaupun hanya bergurau, suka memotong pembicaraan orang lain, tidak mendengarkan dengan baik, tidak ada senyum ramah ketika bertemu, suka tetawa terbahak-bahak berlebihan, tidak menjaga pandangan, penyakit lidah, penyakit hati, jarang melaksanakan ibadah sunnah, jarang tilawah), maka amat sukar untuk melahirkan da’ie dan murobbi yang handal dan wibawa. Jikalau dihasilkan pun daie dan murobbi, maka hasilnya itu belum dapat dipastikan sama ada memenuhi kualiti (muwasofat), tidak ada kedewasaan, kematangan dan kewibawaaan dimata mad’u dan orang lain.

 

Biah Islami adalah lingkungan yang harus kita bentuk dalam lingkungan di setiap organisasi yang ada di dalam kampus kita. Ianya merupakan lingkungan yang kondusif untuk menjalankan kehidupan yang Islami, dan lingkungan yang kondusif untuk beribadah. Dalam sebuah biah Islami, para anggotanya gemar melakukan ibadah sunnah (apatah lagi ibadah wajib), ukhuwah Islamiyah erat, kalau bertemu saling berjabat tangan dan senyum ramah, tegur sapa yang baik, ahlinya juga minat membaca buku-buku Islam diperpustakaan, berpuasa sunat isnin dan khamis, tilawah Quran, solat tahajud, taubat dan dhuha, akhwatnya berjilbab menutup aurat, ikhwahnya berpakaian rapi dan sopan, saling menjaga pandangan (ghodul bashar) antara ikhwah dan akhwat, mendampingi bahan fikrah dan tarbiyyah di setiap saat.

 

Dalam biah Islami, akhlak ahlinya sentiasa ampuh dan menigkat adab dan sahsiahnya. Jika keadaan lingkungannya seperti ini, insyaAllah akan mudah mendapatkan dan membentuk anggota kader, daie, dan murobbi yang handal, teguh dan ma’nawiyyah yang kuat.

Dengan demikian, apabila kita dapat membentuk sebuah biah Islami dalam kampus kita, khususnya dilingkungan tempat organisasi dakwah beraktiviti, maka tujuan dakwah kampus dapat kita capai. Anggota-anggotanya yang mencintai Islam akan mudah dibentuk. InsyaAllah..

 

 

Dipetik dari majalah HALUAN keluaran Mac-April 2008

 

Leave a comment »

Takdir atau kebetulan

Bismillahirrahmanirraheem..

Hari ni merupakan hari pertama utk minggu pperiksaan sem ni. Alhamdulillah,baru lepas satu paper ptg td. xde ape yg dpt dikatakan selain tawakal ‘alaLLah ats segala apa yg telah diusahakn. Mlm ni ada solat hajat perdana anjuran unit agama. Seperti biasa, student akn datang beramai2 dan melimpah2 sampai keluar msjid tanpa disuruh tiap kali musim exam. Bila tiba musim exam stiap org psti akan kembali pd Tuhannya. Masjid2 dan surau2 yg dulunya sunyi sepi, yang hanya boleh dikira berapa org jemaah yg hadir, kini jadi meriah..Alhamdulillah, alangkah bahagianya jika keadaan spt ni berlaku pd stiap masa. Teringat ustaz Azrul (imam) b’seloroh td, “kalau macam ni ramainya yg datang, kamu nk buat solat subuh perdana esok pg pun boleh..”huhu.. solat subuh perdana? satu cadangan yg menarik! 😉

Lepas solat hajat tu pengarah bagi tazkirah. Ana tertarik dgn satu ayat beliau. Dia ckp kita kena selalu berdoa, bukan doa pada waktu2 t’tentu je, bila kita nk minta something baru nak doa n buat solat hajat. Bila takde nak mintak pape, xde la doa n solat. Adil ke mcm 2? kalau kita pun mesti kita xsuka kan, kalau ada sorg kawan kita ni, tak pernah pun nak cakap or contact kita, tp bila dia nak sesuatu, contoh cam nak pinjam duit, baru la datang kat kita n mengadu kesusahan dia supaya kita dpt bantu. Tentu kita xberapa suka kan cara mcm 2. Bila senang tak pernah pun nak datang share sama2 kesenangan yang dia peroleh, tp bila susah baru nak datang n baru ingat kat kita. Sama la juga situasinya dgn kita dan Allah. Tp Allah tak macam kita..Dia saaaangat baik. lagi kita cuba dekat dgn Dia, lagi hampir Dia dgn kita. lebih hampir dr urat leher. bayangkan betapa dekatnya Dia sebenarnya. Kita je yang tak rasa camtu. Eh, pnjang pulak citenye.. ana nak cite pasal pengarah cakap td. Ana tertarik bila dia cakap, kadang2 bila kita selalu doa tak putus2, Allah pasti akan tolong jugak. Kadang2 kita je tak perasan. Contohnya bila kita nk study, tapi susah sangat nk masuk, puasla selak2 buku tu. Terlalu banyak sangat nak baca sampai tak tahu nak mulakan yang mana. Kita pun jadi tertekan. Then bila doa n buat solat sunat, pastu study balik. Tiba2 je kita asyik nak selak satu bab or topic ni. Tak tahu kenapa hati kita tetarik nak baca tajuk tu. Then kita pun bacalah.. automatically terfokus lebih kat tajuk tu. Then, bila pg exam, tengok2 soalan utk tajuk tu yang keluar.

Subhanallah..cantiknya aturan Dia. Dia bantu kita tnpa kita sedari. Dan selalunya kita pulak kejam sangat. kita akan cakap tu KEBETULAN sedangkan memang tu takdir Allah n memang pertolongan dr Dia utk kita. Tak terlafaz pun pujian kita utk Dia..takde langsung ucapan syukur dan terima kasih dr kita. Yang lebih dasyat jika kita mengatakan tu adalah hasil dari usaha n gerak hati kita. Lupakah kita pd siapa yang menggerakkan hati kita tu? kejamnye kite..kejamnye..:(

Semakin hari semakin banyak mehnah yang mendatang. Dia memang betul2 nak menguji kesetiaan ana padaNya..kalau ujian ini sebagai tanda kasih sygMu pada diri ini dan sebagai pengkifarah dosa2ku, aku redha Ya Allah..aku lebih rela menerima mehnah utk tujuan sperti ini daripada menerima nikmat dan kesenangan yg Kau murkai..

Hanya padaMu shj tempat ku mengadu..tiada sesiapa lagi yang mampu menggantikan tempatMu dlm hati ini. Engkau mengetahui segala apa yg berlaku atas diri ini. Berikanku kekuatan utk terus bermujahadah menghadapi segalanya..Ameen Ya Robb..

Ya Allah, pautkanlah hati kami dengan cintaMu, agar hati ini tidak lalai walau sesaatpun dari mengingatiMu..agar sentiasa tenang mendamba kasih sayangMu..ameen..

Leave a comment »

Kafir mengkafirkan

 Mengkafirkan Seorang Muslim Adalah Perkara Yang Sangat Merbahaya

Kita semua maklum tentang kehormatan seorang muslim:

“Tiap-tiap Muslim ke atas Muslim haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram di atas kamu seperti haramnya hari kamu ini, di bulan kamu ini”. Oleh kerana itu kita dapati syari’at Islam melindungi kehormatan ini dengan perundangan yang bijaksana. Syari’at ini melindungi darahnya dengan perlaksanaan had Qisas, melindungi kehormatannya dengan had Qazaf dan had zina (orang yang menuduh berzina di hukum sebat lapan puluh kali) dan melindungi hartanya dengan had potong tangan yang mencurinya dan demikianlah seterusnya. Oleh itu, menghukum orang dengan kufur atau mengkafirinya, padahal dia seorang muslim samalah ertinya mencabul kehormatan yang paling mulia. Menuduh seorang muslim sebagai seorang kafir lebih dahsyat dari membunuhnya. Oleh kerana itu, balasannya sama dengan jenis kerjanya. Umpamanya jika menuduh seorang muslim sebagai seorang kafir tanpa bukti, maka menuduh itu menjadi kafir. Imam Bukhari r.a. bahawa Abu Dzar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak boleh seorang lelaki menuduh lelaki yang lain sebagai fasik atau kufur kerana tuduhan itu akan kembali semula kepadanya jika yang dituduh itu tidak sedemikian”.

Darinya lagi, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa memanggil seorang lelaki dengan panggilan kafir atau mengatanya musuh Allah, sedangkan
orang itu tidak sedemikian, maka tuduhan itu akan kembali semula kepadanya”.-Muttafaq ‘Alain

Dari Ibnu Umar r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w
“Apabila seseorang lelaki berkata kepada saudaranya: “hai kafir”, maka kekufurannya itu jatuh kepada salah
seorang daripada keduanya. Jika apa yang dikatakan itu benar, kafirlah orang dipanggil tapi kalau tidak,
kekafiran itu kembali semula kepadanya”.

Dari sini dapatlah kita melihat bahawa menghukum seseorang muslim itu sebagai orang kafir adalah satu tindakan yang membawa kepada kebinasaan tanpa pahala yang boleh diharap darinya dan ini bukan dari tugas-tugas syar’iah.

 

Manakah Yang Lebih Perlu Diawasi?

Beranikah kita mengatakan kepada seorang yang sakit, tidak mampu ataupun tidak berdaya lagi bergerak tetapi masih hidup, bahawa dia telah mati lalu dikebumikan sebelum kematiannya. Jika tidak ada perbezaan pendapat dan mempunyai keyakinan yang cukup tentang kematiannya barulah kita berani mengatakan bahawa dia telah mati. Walaupun orang sakit yang tidak sedarkan diri beberapa hari tetap masih hidup, dia tidak boleh diuruskan sebagai orang mati sebelum dia benar-benar mati. Perlakuan demikian dianggap
sebagai dosa besar dan dipandang sebagai pembunuh walau bagaimana kuat pun penyakitnya.
Sekiranya kita perlu berwaspada dan berhati-hati terhadap masalah tersebut terhadap tubuh manusia, tentulah kita lebih perlu berwaspada dan berhati-hati menjatuhkan hukuman terhadap urusan akidah. Jadi bertindak melucutkan Islam dari seorang muslim dengan melemparkan tuduhan kafir kepadanya adalah lebih besar dosanya dan lebih besar bahayanya daripada menyatakan bahawa orang sakit telah mati padahal ia masih hidup. Jadi, mengapakah kita dengan mudah dan berani mengkafirkan berjuta-juta muslim.
Kita tidak menyangkal, bahawa memang ada dari kalangan muslim yang hidup bersama kita, jika diperiksa dengan teliti dan halus, kita akan dapati dia telah murtad dan telah keluar dari Islam secara langsung, tetapi kita hendaklah memandangnya secara zahir dan zatnya sahaja. Jadi kita memandangnya sebagai muslim kecuali yang telah sabit kekufurannya dan murtadnya secara Qat’i dan pasti menurut ketentuan syar’i.

Tidak boleh juga kita tawaqquf lalu kita tidak memandang seorang sebagai muslim atau sebagai kafir. Ini tidak logik dan tidak berpijak di alam nyata. Demikian juga kita tidak boleh membiarkan orang yang sakit supaya dia terus sakit. Sebaliknya, kita mestilah mengubatinya jauh sekali untuk mengurusnya sebagai orang yang mati lalu mengebumikannya. Sebab asalnya dia seorang yang hidup sehingga sabit kematiannya. Demikian juga seluruh saudara selslam kita. Mereka dianggap muslim sehingga sabit kekufurannya, baru dipandang sebagai orang kafir.

Batas Pemisah Antara Kufur dan Islam

 Allah tidak menjadikan batas pemisah di antara kufur dan Islam sebagai satu marhalah yang mesti dilalui, kerana ini akan menimbulkan salah dalam pertimbangan apabila seseorang melintasi marhalah itu sama ada seluruhnya atau sebahagiannya yang kemudiannya timbul perselisihan sama ada menganggapnya sebagai seorang muslim atau orang kafir, lalu menimbulkan beberapa perkara yang sangat bahaya.
Oleh kerana itu, dengan hikmah Allah Taala dan kasih sayangNya kepada kita, Dia menjadikan batas pemisah di antara kufur dan Islam sebagai satu garis yang halus, jelas dan tidak ada perselisihan di atasnya supaya kita tidak terjerumus di dalam konflik yang paling payah iaitu, dengan mengucap dua kalimah syahadah sahaja orang itu adalah dikatakan sebagai seorang muslim. Demikian juga Dia menjadikan urusan keluar atau murtad dari Islam tidak akan terjadi jika tidak disertai dengan dalil qat’ie dan pasti yang jelas kekufurannya. Dengan memberi peluang kepada si murtad itu untuk bertaubat sebelum menjatuhkan hukuman had ar-riddah ke atasnya. Islam tidak menyuruh kita mengadakan ujian kepada sesiapa yang hendak memasuki Islam. Lalu kita berselisih dalam menentukan ujian kepada sesiapa yang hendak memasuki Islam. Kemudian kita berselisih dalam menentukan darjah-darjah kelslamannya dan menetapkan berjaya atau gagalnya dia dalam ujian tersebut. Tapi kita hanyalah menurut sabda Rasulullah:

 

“Serulah mereka supaya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”,
maka jika mereka mengucapkan demikian maka sesungguhnya darah dan harta mereka telah terpelihara”.

Kita semua telah mengetahui kisah seorang Muslim yang berperang di dalam barisan musyrikin dan mengucapkan dua kalimah syahadah, kemudian dia dibunuh oleh Usamah bin Zaid r.a. setelah dia mengucap dua kalimah syahadah kerana Usamah menyangkanya sebagai satu helah untuk mengelakkan dirinya dari dibunuh, tetapi Rasulullah s.a.w. sangat marah dan kesal terhadap tindakan Usamah lalu bersabda kepadanya: “Kenapa engkau tidak membelah dadanya?”. Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang mengucap dua kalimah syahadah tidak boleh dipandang sebagai seorang muslim kecuali dia beramal dan memenuhi tuntutan dua kalimah syahadah itu. Itu adalah pendapat yang salah dan keliru. Orang yang mengucap dua kalimah syahadah itu telah menjadi Muslim, tetapi muslimnya sama ada Muslim yang taat, Muslim yang derhaka, ataupun murtad. Itupun sekiranya dia mengingkari perkara yang pasti dimaklumi ataupun dia membuat sesuatu yang tidak dapat diberi pengertian kecuali kekufuran sahaja.

Memecahkan Objek Dakwah


Sesungguhnya Muslim yang kita perguali dan campuri dan yang kita seru kepada Allah, kepada memahami Islam, supaya mereka melaksanakan ajaran Islam dan bekerja untuk Islam, inilah yang menjadi sasaran dan objek dakwah yang kita bekerja di dalamnya. Kita tarik daripadanya individu yang beriman yang terpengaruh dengan dakwah kemudian kita jadikan mereka pendokong-pendokong dakwah yang berjihad dan berkorban pada jalannya. Sekiranya mereka merasai bahawa kita menganggap mereka sebagai orang-orang kafir, mereka akan lari dari kita, tidak mahu mendengar apa yang kita serukan kepada mereka, lalu menjadi musuh-musuh kita. Dengan itu, kita sendirilah yang memecahkan objek dakwah kita dengan tangan-tangan kita dan kitalah yang tersingkir. Lantaran itu, kita berjalan di atas jalan mati. Kita telah mengasingkan diri
kita dari mereka dan kita pada akhirnya tidak dapat merealisasikan satu pun kebaikan untuk Islam dan Muslimin. Sesungguhnya musuh-musuh Allah telah menjajah negeri-negeri umat Islam di seluruh dunia dalam tempoh yang lama. Mereka telah lama membuat berbagai rancangan untuk menjauhkan intisari Islam dan hakikatnya dari kehidupan umat Islam setelah mereka gagal memisahkan umat Islam dari agama mereka. Lantaran itu timbullah generasi-generasi yang jahil terhadap sebahagian besar ajaran Islam. Islam tidak dapat dijelmakan dalam sebahagian besar aspek kehidupan mereka. Inilah yang mendorong dan mendesak kita agar melipat gandakan usaha dan kerja kita untuk menarik tangan-tangan mereka, menasihati mereka, memberi tunjuk ajar kepada mereka, membawa hidayah Islam kepada mereka dan membukakan mata mereka supaya mereka dapat melihat Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Itu tidak cukup dengan fatwa mengkafir sahaja dan membangunkan tembok-tembok dan tabir-tabir di antara kita dengan mereka. Musuh-musuh Allah sentiasa bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah-belahkan barisan Muslim. Apakah lagi yang dikehendaki selain dari melihat umat Islam berpecah-belah. Dengan adanya kumpulan, parti, institusi dan pertubuhan yang mengkafirkan yang
lain itulah yang memudahkan musuh-musuh Allah menghancurkan Islam dan sistemnya tanpa membawa faedah dan kebaikan kepada Islam.

JalanNya Yang Sahih

Apabila kita bersungguh-sungguh hendak merealisasikan satu kebaikan untuk Islam dan hendak menegakkan daulah Islam di muka bumi, kita mestilah berjalan mengikut jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w. di zaman silam iaitu dari segi imannya, amal, cinta dan ukhuwah tanpa sebarang pertukaran dan perubahan, tanpa cuai dan keterlaluan sebagaimana firman Allah:

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan
mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)”‘. Supaya Allah s.w.t. memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya dan menyiksa orang munafik jika dikehendakiNya atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-AhZab: 23&24)
Firman Allah Taala:

“Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah
s.w.t. dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t. dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.( Yusuf: 108 )

Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. yang berjalan di atas jalan yang dicontohkannya tanpa merubah dan menggantikannya..InsyaAllah..

Leave a comment »

Happy Birthday Mama!! (^_^)

Today-17 April- is a special day 4 my mum..
Happy Birthday Mama!!..
Semoga dipanjangkan umur dgn ketaatan ibadah, dimurahkan rezeki dgn yg halal dan sentiasa sihat wal’afiat di dalam perlindungan Allah, dan terus2an diberi kekuatan utk berjuang demi Deen ini..Ameen. Even though I can’t be there with mama on this very special occasion today, I just want mama to know how much you really mean to me. I hope mama don’t be sad knowing that we aren’t be able to celebrate ur birthday. One thing for sure is that I’m going to make mama proud one day.

I just want mama to know that you are the most important person in my life and without you, I won’t be standing here today. Having you in my life is more than just a miracle and how proud I am to have you! How mama raised me up with care and spirit that has no limits – that really means a lot to me. Everytime I got ill, you’re always there to comfort me and make me feel better. Everytime I get upset, you’re always there to calm me down. You’re always there to give me motivations in order for me to excel in my studies. And you’re always there to support me in whatever I do. You’re always that one person that could make the world a better place. And because of you, I am the person I am today. You’re the best mama in the whole world! How can I ever repay you?

SELAMAT HARI JADI YANG KE-46 UNTUK MAMA YANG TERSAYANG

I love you,

Yours truly,
cahaya_kebajikan

 

Leave a comment »