Posts tagged ::Isu Semasa::

Mufti Perlis gesa TV3 lapor adil

Bismillahirrahmanirraheem..
 
Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.
 
Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.
 
“Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif.
 
“Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya,” surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com).
 
“Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka,” tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8.
 
Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar “hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan.”
 
Menurut blog Dr Mohd Asri, surat bertajuk “Keperluan Berita Yang Sahih Lagi Bersih Dari Sebarang Provokasi” dialamatkan kepada penerbit Buletin Utama TV3, program berita sejam yang berpengaruh besar di stesen tersebut.
Mufti itu, yang menulis kolum mingguan di akhbar Utusan Malaysia, juga berpesan: “Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.

“Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum.”
Surat itu dipercayai sebagai mengulas trend laporan media cetak dan elektronik selepas lima negeri jatuh di tangan pembangkang, sementara BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
 
Senario politik yang julung-julung kali wujud dalam sejarah negara ini  – digelar “tsunami politik” – menimbulkan kejutan besar kepada semua pihak, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang.
 
Sebelum itu, dalam tulisan lain di blognya, Dr Mohd Asri mengulas semua lima negeri tersebut kecuali Pulau Pinang.
Tentang Kedah, beliau berkata: “Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam.
 
“Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.”
 
Mengulas kerajaan campuran PKR-DAP-PAS, doktor falsafah dalam bidang pengajian hadis itu berkata:
 
“Nampaknya tawaran-tawaran kerajaan baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam.
 
“Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.”
 
Tegurannya kepada TV3 dan ulasan terbukanya tentang negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak berlaku dalam sejarah institusi mufti di negara ini.
 
Blognya itu turut memuatkan khutbah yang disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul am PAS.
 
 
Sumber : malaysiakini. com

Advertisements

Leave a comment »

Filem Fitna: Islam dipijak terang-terangan

Assalammualaikum Ikhwah Akhawat yang dikasihi ALLAH sekalian…Isu “FITNA” sangat mengejutkan lantaran dengan KEBIADAPAN mereka MENGHINA agama ISLAM secara terang-terangan. …Apakah pendirian kita sebagai MAHASISWA/I yang diTARBIYAH berkenaan isu ini….? Adakah isu ini dianggap KECIL oleh MAHASISWA/I di IPT… atau kita diSIBUKkan dengan STUDY dan EXAM hingga melupakan TANGGUNGJAWAB UTAMA kita…? Apakah pendirian KITA terhadap isu ini…? Apakah TINDAKAN yang boleh kita ambil terhadap isu ini….? 

                                 =============================================

 Keseriusan golongan anti-Islam dalam menyuarakan pendapat teramat melampau sejak akhir-akhir ini. Atas alasan kebebasan bersuara, golongan ini sesuka hati mengekspresi kritikan dan kutukan terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim.Filem Fitna yang diterbitkan oleh ahli parlimen Belanda, Geert Wilder, memberi reaksi yang sangat sensitif kepada umat Islam di seluruh dunia. Filem 15 minit ini yang dilancarkan pada Khamis lalu mengutuk 4 ayat di dalam al-Quran yang kononnya pada dakwaan Wilder membawa kepada keganasan. Filem ini disiarkan di internet tetapi ditarik balik oleh LiveLeak.com pada Jumaat lalu. Penarikan ini hanyalah lakonan semata-mata kerana filem ini telahpun dimuat turun dan disebarkan melalui laman web perkongsian fail (file-sharing sites). Dalam filem ini juga dimuatkan klip tragedi September 11, pengeboman keretapi bawah tanah di Britain, dan tragedi-tragedi pengeboman lain yang berkait dengan Islam. 

Fitnah Fitna

Ayat-ayat al-Quran yang dikecam dalam filem ini ialah surah al-Anfâl ayat 60, surah an-Nisâ’ ayat 56, 74 dan 89. Di sini saya akan terangkan maksud ayat-ayat di atas.Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

[QS al-Anfâl 8:60]

 Filem ini memaparkan perkaitan peristiwa September 11 dengan surah al-Anfâl di atas. Dakwaan surah di atas memberi semangat kepada umat Islam untuk menyerang dan membunuh golongan bukan Islam ternyata menyeleweng daripada makna sebenar surah ini. Dalam ayat di atas, Allah s.w.t menyuruh umat Islam bersedia dan memerangi golongan yang menceroboh kesucian agama Islam itu sendiri. Selama ini umat Islam tidak pernah sesekali mengutuk serta menyerang golongan kafir tanpa sebab. Penentangan Islam terhadap golongan ini adalah untuk mempertahankan agama, nyawa, dan maruah Islam itu sendiri. Kenapa pencerobohan Amerika, Israel dan negara-negara sekutu mereka tidak dikutuk apabila negara umat Islam diceroboh dan rakyatnya dilayan dengan zalim?

 Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.[QS an-Nisâ’ 4:56] Ayat di atas juga digunakan dalam Fitna bagi membuktikan Islam mengajar kekejaman apabila Allah s.w.t menyatakan keadaan dalam neraka yang begitu dasyat. Ayat ini difokuskan oleh Fitna sebagai kayu ukur kekejaman yang diajar oleh Islam. Mengapa persoalan ghaib ini difokuskan oleh Fitna? Bukankah ayat-ayat yang menunjukkan keadilan dan kebaikan Allah s.w.t lebih banyak kepada golongan yang menerima kebenaran Islam itu sendiri? Penurunan ayat ini juga mestilah diterangkan melalui sambungan ayat ke-55 dan 57 dalam surah yang sama:

Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi”.

[QS an-Nisâ’ 4:55-57]

 Ayat ke-55 menerangkan segolongan kaum yang beriman dan segolongan lagi yang tidak beriman setelah sampai kepada mereka kebenaran. Dalam ayat ke-56 pula Allah s.w.t memberi amaran kepada golongan yang tidak beriman akan azab neraka yang amat dasyat. Ayat ke-57 pula Allah s.w.t memberi janji akan ganjaran syurga kepada golongan yang beriman kepada-Nya. Maka, tidak adilkah Allah s.w.t? Bukankah dalam ajaran Kristian juga menerangkan keadaan syurga dan neraka di dalam Bible? Mengapa al-Quran menjadi sasaran? 

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”.

[QS an-Nisâ’ 4:74]

Fitna juga menggunakan ayat di atas sebagai kecaman mereka terhadap pengebom berani mati yang sanggup menggadaikan nyawa demi membunuh golongan bukan Islam. Padahal ayat ini adalah amaran kepada umat Islam yang tidak mahu keluar berperang pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Ayat ini juga Allah s.w.t mewajibkan umat Islam berperang untuk membela kebenaran agama Islam itu sendiri. Betapa ramainya umat Islam di seluruh dunia ditindas dan Islam dihina tanpa sebab. Penghinaan akhbar Denmark terhadap Rasulullah melalui karikatur, pencerobohan Iraq, Afghanistan, dan negara-negara Islam lain, penindasan umat Islam di Selatan Thai, kezaliman terhadap umat Islam di Acheh, Mindanao, Ambon, dan wilayah-wilayah lain di seluruh dunia. Kenapa isu penindasan ini tidak difokuskan dalam media massa? Kenapa isu ini tidak mendapat liputan meluas dan dijadikan sandaran kepada realiti umat Islam sekarang? Tetapi al-Quran pula dijadikan sebagai sumber alasan kepada penentangan umat Islam apabila membela kesucian Islam. Media telah dikuasai oleh golongan yang jahil!

 Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong”.[QS an-Nisâ’ 4:89]

Ayat di atas pula Allah s.w.t menyuruh umat Islam membunuh golongan musyrik yang enggan berhijrah ke Madinah. Golongan ini asalnya Islam tetapi murtad apabila dilanda demam Madinah. Mereka keluar Islam, dan seterusnya keluar dari Madinah. Penurunan ayat ini adalah sebagai ibrah kepada umat Islam terhadap pegangan kukuh ajaran Islam itu sendiri. Murtad yang terjadi boleh menyebabkan kerosakan struktur dan pemikiran masyarakat yang lebih kritikal. Di awal ayat ini juga Allah s.w.t memberi amaran kepada umat Islam terhadap niat jahat golongan anti-Islam yang sentiasa ingin mengkafirkan kita. Golongan kafir harbi (yang memusuhi Islam) inilah yang dimaksudkan dalam ayat ini. Golongan ini tidak perlu dijadikan penolong atas perkara-perkara yang berkaitan aqidah sahaja, bukan persoalan aktiviti harian biasa. Manakala golongan kafir zimmi atau mana-mana golongan yang meminta perlindungan daripada Islam mesti dijaga kebajikannya dan diberi perlindungan kepada mereka seperti yang disambung dalam ayat ke-90 surah yang sama.

 Lakonan Fitna

Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende membuat kenyataan media tidak menyokong tindakan Wilder itu atas alasan khuatir umat Islam akan memprotes dengan ganas dan membunuh mereka. Balkenende juga meletakkan Belanda dan Wilder dalam keadaan berjaga-jaga supaya tiada malapetaka yang lebih buruk berlaku lagi selepas pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh pada tahun 2004.Pembikinan filem ini memberi satu tamparan hebat kepada umat Islam terhadap perasaan golongan anti-Islam yang selama ini membawa sentimen keagamaan secara senyap. Penerbitan filem pertama yang mengutuk umat Islam oleh Theo van Gogh dikeluarkan pada tahun 2004. Filem ini mengisahkan kononnya penindasan ajaran Islam terhadap hak kaum perempuan dalam Islam itu sendiri. Reaksi yang hebat umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya filem ini sehingga pembunuhan Gogh oleh Mohamed Bouyeri. Persoalan utama di sini ialah kenapa Islam dijadikan sasaran kecaman dan kritikan yang begitu hebat daripada golongan ini (golongan anti-Islam)? Kenapa kesucian Islam harus dijadikan permainan dan senda gurau orang bukan Islam seperti melukis karikatur Rasulullah s.a.w? Kenapa Jesus atau tuhan agama lain tidak digambarkan jenaka sebegitu rupa?

Adakah kebebasan suara begini yang mereka mahukan; kebebasan mengutuk Islam?!Wilder juga merupakan ahli parlimen di Belanda yang memungkinkan propaganda Fitna ini adalah satu taktik kotor politik Wilder dalam menguasai atau mengeksploitasi dasar Belanda menggunakan isu jihad dalam Islam. Latar belakang Wilder juga harus dijadikan sandaran dasar pembikanan Fitna ini. Pentafsiran al-Quran dalam Fitna terlalu cetek pemahaman serta jelas kepesongan yang sengaja dibangkitkan sebagai isu besar. Keintelektualan Fitna langsung tidak ada membuktikan bahawa Wilder seorang yang tidak adil dan mempunyai agenda tertentu dalam isu antara agama dan politik Belanda.

 Realiti Agama

Dalam Islam aqidah menjadi tunjang utama menjalani kehidupan seharian. Pegangan ini adalah `hak seorang muslim’ dalam Islam itu sendiri. Maka setiap perkara yang dilakukan atau yang tidak dilakukan oleh umat Islam dipandu oleh aqidah yang dipegang tadi. Asas inilah yang memandu umat Islam ke arah mencapai hak beragama itu.Agama-agama yang lain tidak digariskan satu pegangan yang teras dan tetap. Mereka sesuka hati boleh menukar agama mengikut citarasa dan selera sendiri. Malah mereka juga mengiktiraf agama lain seolah-olah Tuhan `sengaja’ mencipta banyak agama mengikut kesesuaian manusia padahal kebanyakan mereka ini adalah monoteistik! Tuhan yang mana satu mereka sembah? Aqidah yang mana mereka pegang?Al-Quran berkali-kali menerangkan amaran Allah s.w.t kepada umat Islam agar berhati-hati terhadap sifat semulajadi golongan kafir. Kedengkian golongan kafir ini terhadap Islam yang suci lagi benar mewujudkan satu semangat kepada mereka untuk menentang Islam walau apa cara sekalipun. Cara yang lebih halus dan berkesan ialah melalui sudut dalam agama Islam itu sendiri. Maka terbitlah satu fahaman baru yang memamah aqidah umat Islam secara senyap dari dalam; Islam Liberal! 

Leave a comment »