Posts tagged ::Tarbiyyah::

DAKWAH DI KAMPUS

DAKWAH DI KAMPUS

 

Dakwah dikampus memiliki tujuan utama iaitu ingin menghasilkan mahasiswa yang bercita-cita untuk membangun masa depan Islam, dan mengaktifkan peranan masyarakat kampus dalam usaha mentransformasikan masyarakat menuju masyarakat Islam. Dunia kampus merupakan institusi terbaik untuk kita merekrut generasi pewaris dakwah. Untuk mencapai tujuan utama ini, ada beberapa sasaran yang harus dicapai oleh sesebuah organisasi dakwah kampus. Salah satu saranan tersebut adalah terbentuknya bi’ah (lingkungan) yang kondusif bagi kehidupan Islami di kampus, baik dalam sisi moral, intelektual, mahupun tanggungjawab sosial. Bi’ah Islami inilah yang seharusnya menjadi salah satu perhatian pokok bagi penggerak dakwah kampus.

 

Mengapa kita memerlukan biah Islami? Biah Islami adalah sebuah model lingkungan yang baik (Islami), yang pola pergaulan dan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat kampus beredar dalam lingkungan Islami. Lingkungan Islami ini merupakan sebahagian dari proses pembentukan kaderisasi dakwah. Dengan biah Islami maka akan terbina dari dalamnya ahli kader dakwah, da’ie dan murobbi yang siap untuk terjun melaksanakan mas’uliyyah (tanggungjawab) dakwah dan tarbiyyah. Kerana darinya telah dibina, dipisahkannya diantara unsure-unsur jahiliyyah dan unsure kebaikan, dengna impak dan pengaruh dari lingkungan (biah) Islami. Ini telah dibuktikan dibeberapa organisasi dakwah kampus (ODK) yang aktif melahirkan da’ie dan murobbi saban tahun.

 

Apabila lingkungan dalaman (internal) ODK keadaannya masih sukar dibezakan dengan organisasi mahasiswa biasa, misalnya tidak ada biah Islami (contoh: akhlak anggota ODK masih seperti orang awam, seperti suka mencela walaupun hanya bergurau, suka memotong pembicaraan orang lain, tidak mendengarkan dengan baik, tidak ada senyum ramah ketika bertemu, suka tetawa terbahak-bahak berlebihan, tidak menjaga pandangan, penyakit lidah, penyakit hati, jarang melaksanakan ibadah sunnah, jarang tilawah), maka amat sukar untuk melahirkan da’ie dan murobbi yang handal dan wibawa. Jikalau dihasilkan pun daie dan murobbi, maka hasilnya itu belum dapat dipastikan sama ada memenuhi kualiti (muwasofat), tidak ada kedewasaan, kematangan dan kewibawaaan dimata mad’u dan orang lain.

 

Biah Islami adalah lingkungan yang harus kita bentuk dalam lingkungan di setiap organisasi yang ada di dalam kampus kita. Ianya merupakan lingkungan yang kondusif untuk menjalankan kehidupan yang Islami, dan lingkungan yang kondusif untuk beribadah. Dalam sebuah biah Islami, para anggotanya gemar melakukan ibadah sunnah (apatah lagi ibadah wajib), ukhuwah Islamiyah erat, kalau bertemu saling berjabat tangan dan senyum ramah, tegur sapa yang baik, ahlinya juga minat membaca buku-buku Islam diperpustakaan, berpuasa sunat isnin dan khamis, tilawah Quran, solat tahajud, taubat dan dhuha, akhwatnya berjilbab menutup aurat, ikhwahnya berpakaian rapi dan sopan, saling menjaga pandangan (ghodul bashar) antara ikhwah dan akhwat, mendampingi bahan fikrah dan tarbiyyah di setiap saat.

 

Dalam biah Islami, akhlak ahlinya sentiasa ampuh dan menigkat adab dan sahsiahnya. Jika keadaan lingkungannya seperti ini, insyaAllah akan mudah mendapatkan dan membentuk anggota kader, daie, dan murobbi yang handal, teguh dan ma’nawiyyah yang kuat.

Dengan demikian, apabila kita dapat membentuk sebuah biah Islami dalam kampus kita, khususnya dilingkungan tempat organisasi dakwah beraktiviti, maka tujuan dakwah kampus dapat kita capai. Anggota-anggotanya yang mencintai Islam akan mudah dibentuk. InsyaAllah..

 

 

Dipetik dari majalah HALUAN keluaran Mac-April 2008

 

Leave a comment »

Jalan penyelesaian untuk bebas daripada hawa nafsu

Wahai saudaraku para pemuda, Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat. Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi contoh teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka. Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1. Mempertingkatkan keimanan:

Apa yang saya maksudkan dengan mempertingkatkan keimanan ialah seorang mukmin perlu meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya, mendengar dan melihat perlakuannya, mengetahui perkara yang nyata dan rahsia, mengetahui pandangan mata yang khianat dan perkara yang tersembunyi di dalam dada…

Dia sentiasa ingat firman Allah:

“Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada.

(Al Mujadalah: 7)

Dengan keyakinan dan perasaan ini, seorang mukmin akan bebas daripada kongkongan hawa nafsu, dorongan nafsu ammarah, tunggangan syaitan dan fitnah harta serta wanita. Dia akan memperlengkapkan dirinya dengan bermuraqabah, takutkan Allah dan merasaiNya sentiasa bersamanya ketika dia keseorangan dan juga ketika bersama orang ramai. Semua ini mendorong mukmin tersebut melakukan amal soleh dengan penuh kesungguhan, amanah dan ikhlas… Bahkan dia dapat menepati kata-kata penyair Islam:

Apabila engkau bersendirian sedetik, jangan engkau kata,

aku telah bersendirian, bahkan katakanlah aku diperhati,

jangan engkau menyangka Allah lalai walaupun sedetik,

jangan sangka ada sesuatu tersembunyi,tidak diketahuiNya.

2. Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang bermaksud:

” Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah..”

                                                                                                                                                                                                     (HR MUSLIM)

Para pakar jiwa dan pendidikan telah mengakui:

Apabila seorang pemuda bersendirian di waktu lapangnya… ia akan didatangi oleh berbagai khayalan, gelora hawa nafsu dan memikirkan tentang seks yang memberangsangkan. Nafsu ammarahnya akan bergelora di hadapan khayalan dan tuntutan nafsu ini. Kadang-kadang dia terjatuh ke lembah yang dilarang oleh syara’ yang mendatangkan akibat yang buruk. Adalah lebih membahayakan lagi apabila dia mempunyai waktu lapang dan harta. Benarlah kata-kata penyair.

Sesungguhnya pemuda,

waktu lapang dan faktor kesungguhan,

Adalah kemuncak kebinasaan bagi seseorang

Tidak ragu lagi bahawa jalan penyelesaian untuk bebas daripada semua ini ialah dengan mengetahui bagaimana cara menggunakan waktunya dan memenuhi kekosongan yang ada. Alangkah banyaknya bidang boleh diceburi oleh pemuda untuk mengisi masa lapang. Ianya boleh dipenuhi samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh badannya, bersiar-siar merehatkan jiwanya, membuat penyelidikan dan pembacaan yang boleh menambah pengetahuannya, membuat kerja tangan yang boleh memperkembangkan minatnya, menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang boleh mengasuh akhlaknya, turut serta di dalam peraduan yang berbentuk ilmiah (kuiz) yang boleh melatih mentalnya, berlatih memanah dan cara-cara jihad yang lain yang boleh mempersiapkan dirinya dan lain-lain jalan penyelesaian yang boleh menjauhkannya daripada mengikut hawa nafsu dan dorongan nafsu ammarah.

3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Ia adalah prinsip asasi untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketaqwaan… kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan makanan engkau kecuali orang yang bertaqwa.”    

                                                                                                                                                                      (HR TIRMIZI)

Suatu kenyataan yang diakui apabila seorang pemuda bersahabat dengan orang yang beriman, dia akan memperolehi kebaikan, istiqamah dan teguh untuk beramal dengan asas-asas Islam… bahkan dia boleh mencapai tahap keimanan, ketaqwaan dan thabat seperti mereka…

Sebaliknya, sekiranya dia bersahabat dengan orang yang fasik, ingkar dan menyeleweng… dia akan memperolehi daripada mereka kejahatan, kefasikan dan

penyelewengan. Bahkan dia akan menjadi fasik, ingkar dan menyeleweng seperti mereka. Inilah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tarmizi yang bermaksud:

“Seseorang itu berada di atas agama sahabat akrabnya, maka setiap daripada kamu hendaklah melihat siapakah yang hendak dijadikan sahabat akrab..”

Sebuah syair Arab ada menyebut:

Janganlah kamu bertanya tentang seseorang,

tetapi tanyalah tentang temannya.

Setiap teman akan mengambil teladan dari temannya.

Itulah dia, wahai para pemuda, jalan penyelesaian yang terpenting untuk sampai kepada matlamat pengislahan, ketaqwaan, puncak ketinggian akhlak dan menewaskan hawa nafsu, was-was dan pujukan syaitan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa Allah lah yang memelihara kamu. Dialah yang melapangkan kamu dari setiap kesempitan dan memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan.

Benarlah Allah yang telah berfirman:

” Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka.”

                                                                                                                                                                                                     (Al Talaq: 2)

*************************************

Begitulah wahai saudaraku para pemuda, apabila kamu mampu membebaskan dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah dan

mengenepikan keinginan hawa nafsu… sesungguhnya kamu telah menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan lebih baik. Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak dan berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu sebagai seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan kerana mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya syaitan, tanpa syak lagi mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya, mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. 

Allah akan sentiasa bersama mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya, mengukuhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk mereka sebab-sebab kekuatan dan keagungan dan menggantikan ketakutan dengan kemenangan… Mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.

Aturlah urusanmu wahai saudaraku pemuda dan berbekallah dengan bekalan iman dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam dirimu. Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu mempunyai pengaruh yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi di medan qudwah dan kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam… Bahkan apabila manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih sayang dan optimis. Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka beratur di dalam saf dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh ketaatan dan minat.

Dengan ini semua kamu telah memperbanyakkan kader-kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam akan tersebar luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta terbebasnya Negara Islam daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan penjajah. Ketika itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dipetik dari buku “Pemuda Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini” karangan Abdullah Nasih Ulwan.

Leave a comment »