Akhirnya..

Salam..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga memindahkn diri ke rumah baru.. jom melawat my new blog..

==> DISINI <==

Comments (4) »

Mengemas

Salam’alayk..

Skrg ana sedang melakukan kerja2 pembersihan dan pengemasan utk berpindah ke rumah baru.. InsyaAllah tak lama lg akan siap dibina dan boleh la dtg ziarah kesana..

Wallahu a’alam..

Leave a comment »

::RABITHAH::

Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan Syariat dalam kegidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernag padam
Yaa Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia Iman
Dan indahnya tawakal kepadaMu
Hidupkan dengan Ma’rifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan Pembela..

Tajuk: RABITHAH (soundtrack filem Sang Murabbi)

Munsyid: Izzatul Islam

Leave a comment »

:(

Bismillahirrahmanirraheem..

Hmm..tak tau knapa, tiba2 je nak terasa dgn sseorang ni..sblm ni tak pernah pun. Dia t’lalu baik dgn ana tp disebabkan 1 p’kataan yg dia kluarkan td, terus hati ni rasa mcm dihiris2..Ya Allah, kenapa hatiku jd begini? Sedangkan apa yg diungkapkan tu mungkin sekadar gurauan. Tapi diri ni dah tersalah tafsir, melihat ianya dr sudut yg negatif.. Ya Allah, bersihkan hatiku.. mungkin makhluk yg bernama syaitan tu saje je nak hasut ana supaya leraikan ukhuwah yg telah terjalin ni. Oh, tidak sekali-kali wahai pak tan! Tak kan kubiarkan kau b’maharajalela dlm hati dan fikiranku.. Ya Rahman, bantulah diri ini utk sentiasa berada dlm redho-Mu..ameen.. Read the rest of this entry »

Comments (2) »

7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa

Roy Rasul | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 04, 08 | 12:05:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) – Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin. Read the rest of this entry »

Comments (2) »

Ku Damba KeampunanMu..

 

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah ku lupakan janjiMu Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
 
Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat

Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku..

Leave a comment »

Menanti jawapan..

Salam’alayk..

 

 

Ya Allah..bile nk dpt jwpn ni? Emm..sabar mia, InsyaAllah ada rezeki nnt ada la tu.. Hari demi hari, tunggu dan tunggu..masih tiada jawapannya.. mesti korang tertanya2 kn, tunggu ape? jwpan ape ni? hehe, jwpan utk kerja2 yg di apply la.. xpela, esok pg nak buat satu tindakan yg lbh proaktif. InsyaAllah.. Ari tu sempat jgk menjejakkn kaki ke bandaraya KL setelah bberapa bulan memerapkan diri dirumah. Asalnya nk cari something di KLCC, tp at last ntah kemana2 tah..ikut sedap kaki je melangkah. Dari rumah naik bus rapid smpaila ke stesen scond akhir di perkeliling. then naik monorail, tetibe da smpai times square. Bile smpai T.S tu baru cm tersedar sket, eh..asal aku ade kt sini? Buat ape aku pg tmpat ni ? Ya Allah..ana slalu mcm tu..main pegi je. Dah la sorang2, yg pelik tu mama relax je lepaskan ana. Tapi pas balik tu msti die bising. Round la satu TS tu.. pastu xjmpe2 gak ape yg dicari, terus ke low yat..huhu,sukenye! Kwn2 yg kenal ana smua akn risau kalau ana ke tmpat tu, confirm b’jam2.. diri ini dan lowyat mmg xdpt dipisahkn..haha.. best sgt, masa kt situ..tengok itu..tengok ini..tp bukan nk beli pon..tgh xde duit. Suke tgk comp. stuff yg ada kt c2.. canggih2 smuanya..kadang2 ana xt’fikir pun manusia boleh cipta benda cmtu. Bayangkan la, kalau manusia pun dah mampu utk buat benda2 cmtu, apatah lagi Allah..msti berjuta2 kali ganda lebih hebat dr tu. Then survey dulu bnde yg nk dibeli kt c2, pastu dah lama pusing2 tu, terus kluar dan bergerak ke TS blk.. then dah beli terus p food court kt tgkat 10 n makan sorg2..mkn tomyam plk tu..huu..sedapnya!! kt meja sebelah ade sepasang couple melayu. Kt belakang meja ana ade plk spasang couple India. Oleh krn yg malay couple tu sgt b’hampiran dgn ana, so nk xnk asyik t’pandang jela kt dorang.. Ya Allah, meluatnye tengok.. xselera nk makan..tapi abes la..haha. orang kafir yg mmg xde hukum halal haram tu pun xde la sampai camtu. Pegang sane pegang sini.. yang mkcik tu pun relax je..ana pulak yg rase nk bangun p bg sbijik plempang kt pkcik tu.. huh.. dunia..dunia.. ana rasa mkcik tu dah xsenang duduk bila tgk ana asyik pandang die. Then die makan cepat2 n ajak pkcik tu pegi.. ana tau cara ana tu tak hikmah, tp utk keadaan mcm tu ana rasa tak mampu sgt nak tegur elok2. pkcik tu muke xnak cm ganas la kan. Mkcik je muke cun n lemah lembut.. bile fikir2 balik, hmm..mcm mana la aku nk masuk ke dalam masyarakat yg mcm tu nnt? Ya Allah, berikan aku kekuatan..

ok, back 2 nature. Then mase nk balik tu tetibe ma msg.. “kak, belikan ikan bilis, bla..bla..bla..” Ayo..ma ni..orang da dlm train nk blk da ni..nk cari kt mane bnde2 tu.. last2 msg abah, mintak tolg belikan..he2,suke ati je. Em, sbnrnye bkn nak cite bnde ni..haha..nk cite lain sbnrnye.. xpela..lain kali jela..hu2.. tunggu………………

Leave a comment »

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah

Bismillahirrahmanirraheem..

Article ni ana dpt dr sorang senior ana..dia ckp best n ana pun baca la.. mmg best sgt! peringatan buat diri sndiri.. dan mungkin ada yg pernah baca coz ditulis oleh ust hasrizal. Ana copy paste je.. jzkk atas perkongsian yg sgt2 bermanfaat..

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

Usrah yang Lazat dan Lemak Berkrim.. (^_^)

Assalamu’alaykum wbt..

 

Firstly, thanks to kausar krn sudi tag ana utk menjadi mangsa seterusnye..hehe. Sori sgt sbb lambat jwb soalan2 tu. Ada masalah teknikal sket ari tu. First time ana terbaca post ni dari blog akh dhany. Tak sangka akhirnya merebak n sampai jugak ke blog ana. Best jugak membaca ttg pengalaman usrah ikhwah/akhwat kita ni.. pengalaman ana xdelah best pun. Tapi ana akan cuba jawab sebaik mungkin.

 

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Rasanya baru sangat2.. mula sejak masuk UiTM Segamat. Pada tahun 2005. sebelum2 ni hanya melihat usrah mama yg kadang2 dibuat dirumah. Tu pun baru2 je, smenjak my mom bergiat aktif dgn jmaah ni. So, kira2 dalam 3 tahun la dah join usrah.

 

 [2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Pas masuk uitm, slalu lepak kat msjid n kenal ngn akak2 kat sana. Stiap jumaat, masa org laki solat jumaat, kami buat usrah disurau kolej. Usrah tu bwh muslimat PERMAS (persatuan masjid). Boleh dikatakan usrah umum jgk la sebab campur dgn org2 yang tak sama level. Masa tu tak tau pape lagi pasal level2 ni. Juz ikut je.. dalam masa yg sama ana ada usrah AJK dan usrah dgn ustaz diluar. then masuk PERSIHA tibe2 kena bawa usrah sbb dah tak ada senior2 lagi, kami lah yang kena jd senior utk adik2 tu. Usrah ni kami bahagi2kan ikut naqibah masing2. Hanya 4 org naqibah yg ada. Ana, kausar, kak raudhah dan husna. N dalam masa yang sama kami (naqibah2) masih lg berusrah dgn ustaz. Sama la keadaan ana dgn kausar. Ana sebenarnya agak kekok bila berusrah dgn naqib bukan naqibah. Dan sekaligus banyak perkara yg tak dapat kami kongsikan bersama. B4 tu ustazah yg handle, tp disebabkan ustzah agak sibuk, so ustaz yg ambil alih. Pernah satu masa tu usrah kami agak byk dan berlangsung pada hari yang sama iaitu hari rabu. Tghari usrah dgn ustaz A, petang dgn ustaz B, dan malam dengan ustaz C. Masa tu pening jugak la kepala kami nak arrange masa. So, secara automatiknya kitorang panggil hari rabu sbgai “hari usrah sedunia”..

 

 [3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Mula2 sebab tak tau pape..rasa benda baik, join jela. Dulu ingat usrah tu macam majlis ilmu. Tp lps something happen 2 us, ana baru menyedari yg usrah lebih dari tu. Sekarang pg usrah sbb nk charge iman, ilmu n ukhwah.. kadang2 tu tak terfikir pun sbb ape, tapi rase kene pegi n mesti pegi. So, pg jela dgn smangatnye..

 

 [4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

1-      best sgt3..yang tak dpt diungkap dgn kata2.. wlpn kadang2 usrah tu sgt bosan, tp tetap rase best..tak tau knape..mgkin sbb sblm ni xpnh dpt, so bila da dpt seronok la sgt2.

2-      tenang je.. kadang2 kepala tgh berserabut, tapi bila pg usrah, rasa cm semua masalah hilang..

3-      bersemangat..rasa bertambah semangat utk teruskan tugas n tgjwb yg telah diamanahkan ni..

 

 [5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

1-      ILMU- Ilmu akhirat yg tak dipelajari di class.

2-      IMAN- terasa iman seperti dicharge balik  

3-      UKHUWAH- persaudaraan kerana Allah yg kadang kala lebih erat lg dr ikatan pertalian darah.

4-      SEMANGAT- bertambah semangat utk berjuang demi Deen tercinta

5-      TAKAFUL- kesedaran utk membantu orang lain yg memerlukan. Dan tidak mementingkan diri sendiri.

 

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menj
awab soalan
-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

 

Seterusnya ana akan tag mereka berlima di bawah:

 

  1. ASRUL

  2. NASIBAH HUSNA

  3. IDA

  4. UST. DR AHMAD

  5. USTAZ NAWAWI

 

Leave a comment »

Kembali..

Bismillahirrahmanirraheem..

Lama sgt rasanya tak menulis sesuatu disini. Bukan tak sempat tp kadang2 rasa sperti semua benda tentang diri ni tak perlu diceritakan pada orang lain. Entahla, tak tau knapa tiba2 berfikiran mcm tu sedangkan sebelum2 ni tak rasa pun. Tp skrg hanya menulis utk diri sendiri dan disimpan rapi dalam my ftec. Mungkin satu hari nnt orang lain akn tahu jgk segalanya, tp tak kisahla asalkan bukan ana yang menyampaiknnya.

Alhamdulillah, baru2 ni ana dpt tawaran smbung blaja. Course Bach. of Info. System Mgmt di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Rgister 6 julai ni. Tapi hati ni rasa berbelah bagi je sama ada nak sambung sekarang atau tak. Kalau sambung skrg, sgt banyak masalah yg akan dihadapi. Kalau tak smbung skrg ana akn rugi satu sem dr kwn2 se’batch’ yg lain. Dan adakah masalah2 ana tu akan selesai dlm masa satu sem ni? Huh..pening kepala memikirkan hal ni. Apa2 pun ana akan minta pndpat akak2 n mkcik+pkcik yg lain. Sebab ana dah tak ada masa yg lama utk berfikir, next week ana msti buat pengesahan sama ada terima atau tak. Kalau nak ikutkan pendapat mama, memang dia suruh smbung skrg je, alasannya dah bosan tengok ana kat umah, asyik mengacau budak2 kcik je. Hmm..tak logik la..

Whatever pun, ana akn cuba dptkan pndapat org lain weekend ni. Petang ni InsyaAllah kalau xde pape hal, ana dan team kbm KL akn ke kuantan utk kbm aktivis pahang. Doakan moga segalanya berjalan lancar dan memberi impak yg positif utk semua.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ya Allah, jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walaupun sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu..
Ya Allah, berikanku petunjuk dalam setiap gerak langkah serta tindakanku, agar segala yang ku lakukan mendapat keredhaanMu..
..Ameen Ya Robb..

Leave a comment »